Tuesday, November 22, 2011

MotoGp 2011

Assalamualaikum..Rasanya dah lama aku x update blog aku ni..hampir setahun tu..hehe..

23/10/2011 tarikh yg mengemparkan peminat-peminat MotoGp..Permulaan perlumbaan yg penuh dengan sorakan peminat-peminat dari dalam dan luar negara..

Seperti biasa jadual perlumbaan bermula dengan perlumbaan Motogp 125cc..perlumbaan kedua di ikuti dengan para pelumba Moto2 dan perlumbaan terakhir adalah MotoGp..

MotoGp 125cc
Perlumbaan 125cc tidak begitu menghangatkan suasana penonton di grandstand..Sorakan untuk pelumba Malaysia kategori 125cc Zulfahmi kedengaran begitu meriah setiap kali Zulfahmi melintasi granstand penonton..Zulfahmi tidak mengecewakan penonton Malaysia,menamatkan perlumbaan di bawah tangga ke-10 adalah cukup bermakna buat Zulfahmi dan penyokong-penyokong Malaysia.

MotoGp Moto2
Selesainya perlumbaan 125cc,deruman Moto2 kedengaran keluar dari pit untuk sesi memanas enjin..Vrooomm perlumbaan Moto2 di mulakan..Pelumba dari Malaysia,Zamri Baba berjaya menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kemalangan dan menduduki di bawah tangga ke-20 sudah memadai untuk penonton bersorak gembira.

MotoGp
Sorakan penonton begitu meriah yang dapat menggegarkan granstand bila kedengaran ngauman enjin MotoGp.Sorang demi sorang pelumba kelas dunia keluar dari pit,keadaan penonton seakan tidak terkawal,sorakan,jeritan dan tepukan begitu meriah..Inilah saat yang paling di nantikan untuk peminat MotoGp..Selesai sesi memanas enjin untuk MotoGp perlumbaan hampir di mulakan..

1...2...3...vroooooom..perlumbaan sudah bermula..semua pelumba kelas dunia bertungkus lumus mencari kedudukan yang selesa..1 pusingan telah berlalu..Bendera merah di naikkan oleh marshall pada pusingan ke-2,ada kemalangan berlaku di antara pelumba..Semua pelumba di arahkan masuk semula ke pit..

Hampir 30 minit penonton menunggu untuk menyaksikan pelumba-pelumba kesayangan mereka beraksi semula.Suasana di grandstand semakin tegang,penonton mula bertindak diluar batasan,botol air dan objek-objek di lemparkan ke dalam trek perlumbaan.

Perlumbaan MotoGp dibatalkan.Bendera merah yang diangkat oleh marshall tadi adalah berlakunya kemalangan yang serius.Salah seorang pelumba telah maut dalam kemalangan.Pelumba kelas dunia Marco Simoncelli maut di tempat kejadian disebabkan hentakan kuat dari rempuhan dari 2 pelumba Marco Melandri dan Valentino Rossi.

Penonton terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dari pihak penganjur.Semua penonton beredar dengan kecewa disebabkan perlumbaan dibatalkan..Ucapan takziah kepada keluarga dan team motogp Marco Simoncelli.Ini adalah kemalangan yang pertama melibatkan kematian di litar Sepang(SIC).


Sunday, January 24, 2010

Sprint test Vespa di Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua..harap-harap sehat sejahtera semua..
Rasanya dah nk masuk 4bulan aku tak update blog aku ni..mybe aku bz kot..huhu..
Ok la,aku ada cite skit pasal motor ni,tp kali ni cite pasal moto vespa plak..vespa pun moto gak kn..jgn korg ingat vespa ni cuma motor klasik je,tp kt tempat aku(JB) ni vespa dah lama dorg bwt motor trek ngn sprint test..racing beb..


Pada awl tahun ni,10 Jan 2010 aku dan kekawan ada try hantar sprint test kt Kuala Terengganu ni,ada 2 kategori untuk sprint test nie,1-kategori open,2-kategori standart..peserta dari JB je da ada 5 bijik motor..2bijik dari geng2 aku(team vespa JB),2bijik lgi dari bengkel Haji Rahim dan 1bijik lgi dari bengkel Abg Ali...semua ni kenalan geng2 aku..tp cara setting tu berlainan sikit,biasa la masing2 punya skill..

Ok..Acara sprint test dianjurkan diluar jalan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terangganu(Stadium runtuh) dengan jalan sepanjang 400meter...

Perlumbaan sprint di Kuala Terengganu sungguh tidak profesional dan mengecewakan..semua dilakukan secara manual..penjaga starting dengan bendera,penjaga finishing pun dengan bendera..jalan pulak takda kon,pelumba pulak boleh masuk lane pelumba lain,time pun takde set..sprint test apa mcm ni???peserta yg dah batal(jump start) boleh ada "excuse" dan disuruh ke line starting untuk meneruskn perlumbaan..dah macam lumba haram plak..kalau kat JB perlumbaan sprint test semua berlaku adil dan profesional..trek ada lampu starting,finishing pun ada lampu,kon pembahagi jalan,ada set time n jalan trek yg selamat kita boleh nampak sape yg menang,penganjur pun ada umumkn sape pemenang..adil dan puas hati kalau kalah or menang..

Ok..Kecewa dengan penganjur dan keadaan trek yg manual,tapi geng2 dari JB tetap no1..^_^
Dari berbelas-belas motor vespa yg menyertai sprint test ni,geng2 dari JB berjaya dpt gelaran no1,no2,no4 dan no5...Perjalanan dari JB ke Kuala Terengganu tidak mengecewakan..baru la boleh dikatakan kepulangan dengan kemenangan..

Team Vespa JB akan mengupgrade lgi vespa super 150 untuk perlumbaan sprint yg akan dtg..Vespa super 150 yg buruk 'with' Coolant dan Block Head Gilera sp180 menjadi tumpuan ramai peminat-peminat vespa di Kuala Terengganu..Biarpun berjaya menduduki tempat ke5,aku berbangga dengan vespa super 150 yg buruk 'with' Coolant dan Block Head Gilera sp180 hasil ciptaan team vespa jb yg belum siap sepenuhnya..Inilah projek terbesar dlm team vespa JB..


Join group Team Vespa JB di Facebook : http://tinyurl.com/yapoxne
p/s - sign in dulu baru boleh masuk...lol..

Tuesday, October 13, 2009

Kepada peminat-peminat motoGP

Assalamualaikum..mmm...hari yg dinanti-nantikan hampir tiba..aku dan rakan-rakan semua akan konvoi ke SIC(Sepang International Circuit)untuk menyaksikan perlumbaan motoGP pada 24-25 Oktober ini...rugi beb sesiapa yang tak gie tengok motoGP ni..persiapan awal aku dan rakan-rakan hampir bermula..kehangatannya terasa..aku dan rakan-rakan dari J.B ke K.L akan bertolak pada hari jumaat malam..konvoi yg memerlukan perjalanan sekitar 3-5 jam dengan jarak highway 300km lebih ini membuatkan aku "excited"..hehehe..mybe dalam minggu ni aku busy sikit,ada dalam 3-4 bijik motor aku nak modified...yang penting motor yang aku nak bawak ni mesti nak kene setting power-power,takkan la nk kene tinggal belakang kot?no..no..no..aku bawak wave 125 je..apa??wave 125 tak power??sape cakap wave 125 tak power??jom lumba dengan aku!!!hahaha..gurau jek..tahun lepas aku boleh fight ngan Lc 135..nape tahun ni tak leh lak??yang kali ni aku nak kasi advance lagi wave 125 yang aku nak bawak nie!!kalau korang nak tau,aku bawak wave 125 JKC 1606,kat bwah tu ada pic aku ngah bikin motor tu..jaga-jaga Lc 135..ermm..ok la..takde pe lagi aku nk membebel..kepada peminat-peminat motoGP "majulah sukan bermotor untuk negara" k chow,jumpa disana(SIC) k..

Tuesday, September 1, 2009

Setting Motor

Inilah pic aku tgh setting moto..time ni rambut aku pendek,mcm budak sekolah..hahaha..aku setting motor kt tepi rumah je..


125z singapore pun nk setting gak ke?hehehe..


setting moto mmber aku...


kasi korek skit..hehehe..


piston up skit je...

Thursday, August 6, 2009

Perlumbaan Satu Kepuasan

Kenapa aku cakap perlumbaan ni satu kepuasan??Sebab aku ni sukakan kelajuan dan kepuasan..memang puas kalau kalau kita bawak motor laju ni,lagi-lagi kalau motor tu aku yg modified sendiri..

Ok la,nak dipendekkan cerita,pada pertengahan bulan 5 tahun 2003 aku pernah menyertai Johor Clubman Race 5Lap di litar Pasir Gudang Johor Bahru..dengan ilmu modified motor yg ada sedikit sebanyak ni aku dengan member pun 'terjun' dalam perlumbaan di litar pasir gudang yang mempunyai 12 selekoh dan jarak litar lebih kurang 3.86km(2.382 mi)..

Sape yg rider??sape yg modified??hah..Kalau korg nak tau member aku yang rider motor trek aku ni,dan aku pulak tukang modified motor trek ni..ada banyak kategori dalam perlumbaan Johor Clubman Race ni,tapi time race ni aku hantar dan modified motor honda ex5 je..pasal sambutan motor CUB ni mengalakkan..

Laju ke motor aku ni??hmm..Race pertama aku tidak mengecewakan aku dan rakan-rakan..dari 38 peserta yang menyertai,rider aku dapat menduduki tempat ke-14..kira ok la kot,dari 38 peserta yg race,motor aku dapat no-14..1st time tu aku ngan member aku race kt litar ni dapat ranking top-15..takde la corot sangat kan?

2004 ada peningkatan??yezzaa.. alhamdulillah.. Jentera perlumbaan dan teknik rider aku yang di asah telah menjadi..pada tahun 2003 rider aku berjaya menduduki tempat ke-14,dan 2004 rider aku telah berjaya menduduki tempat ke-7..walaupun dapat menduduki tempat ke-7 je,aku dapat merasakan perubahan pada jentera dan rider aku..aku dan rider berjaya meletakkan jentera aku dalam ranking top-10..Johor Clubman Race 2004 bagaikan memberi semangat baru untuk aku memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada..

Usaha tangga kejayaan!!!kalau tak usaha macam mana nak berjaya..semangat yang ada pada tahun 2004 berjaya di bawa ke 2005..semakin ada peningkatan ke atas jentera aku ni..rider aku pun makin selesa dengan motor yang aku modified masa tu..dengan keselesaan dan peningkatan jentera motor aku,pada tahun 2005 kerjasama aku dan rider telah berjaya meletakkan motor aku ranking ke-5..wow!!,hasil usaha dan kerjasama aku dan kawan-kawan selama ni berjaya jugak rider aku naik ke podium..walaupun naik ke podium untuk tempat ke-5 aku merasa puas dengan pencapaian dan peningkatan aku..top-5 tu!!

Motor kau laju??ada lagi laju la!!!betul tu..macam hidup jugak..hidupkan macam roda,kadang-kadang kita ada kat atas,kadang kita ada kat bawah..masa 2005 aku berjaya meletakkan motor trek aku ranking ke-5..aku masih tak puas hati selagi aku tak dapat no-1..dengan jentera yang sama digunakan pada ranking ke-5 tu,aku masih modified sikit-sikit jentera tu untuk dapatkan yang terbaik..alhamdulillah dan terperanjat bila aku tengok rider aku hampir menguasai litar dan berhempas pulas dengan saingannya untuk menduduki tempat pertama!!sokongan dan sorakan dari kawan-kawan dan penonton membuatkan aku mendebar-debar..saingan semakin sengit di pusingan last lap..bendera kotak hitam putih dilayangkan penjaga garisan penamat..rider aku menduduki tempat ke-2 ketinggalan setengah body dengan pelumba pertama..kegembiraan dan sorakan kawan-kawan aku membuatkan hari perlumbaan itu bersejarah dalam hidup aku..walaupun rider aku tak dapat no-1,tapi aku bersyukur sangat berada di ranking ke-2..

Rider aku tersenyum puas bila naik podium tempat ke-2..aku pun macam tak percaya je..hehe..berjaya jugak aku tewaskan pelumba-pelumba otai yang lain dengan jentera hasil tangan aku sendiri..aku tak lupa jugak dan terima kasih kat kawan-kawan yang selama ni bersusah payah,memberi sokongan dan sponsor untuk perlumbaan ni..t.q so much..

p/s : dalam perancangan nak siapkan motor sprint test..:-)
pp/s :raya dah nak dekat,korang semua dah servis ke motor korang..

Sunday, August 2, 2009

Jenis-Jenis Komponen Motosikal









contoh gambar komponen-komponen motosikal.

Periksa motosikal anda untuk mengenal pasti kerosakan
kecil lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan yang lebih
besar.Masalah yang dikenal pasti awal boleh menjimatkan
wang dan kos pembaikan.

PASTIKAN BELI ALAT-ALAT GANTI YANG TULEN DAN
BERKUALITI.

Tuesday, July 7, 2009

Honda Cub 70cc

motor..motor..motor...tak abis-abis pasal motor..ok la,aku ada cite sikit pasal motor ni..tak banyak sikit aku leh kongsi pasal pengalaman main motor ni..biasa la time-time remaja baru nak naik dulu..keinginan untuk mencuba tu mesti ada..

ok,dulu aku start main motor ni dari umur aku 14 tahun..time aku sekolah pun baru je form 2..masih agas-agas(mentah) lagi..aku pun tak tau mcm mane aku leh minat main motor ni..mungkin di sebabkan aku ni suka ''modified'' benda yang bukan-bukan dan sukakan kelajuan yang membunuh..(hehe)..macam mana tak suka,kalau motor honda cub tu cc dia 70cc,pastu dah modified cc dia jadi 100cc...time-time mcm ni mana la aku reti sangat pasal enjin motor ni..biasa la 1st time main motor..tapi dari 70cc aku leh upgrade ke 100cc,perghh dah kira gempak ar tu..ada kemajuan(hehe)..member-member aku pun mcm tak caya yang aku ni leh modified enjin motor..asalnya pun aku ni bukan la ada motor,yang aku modified ni pun motor member aku..ejal nama dia..motor honda cub 70cc col0r grey time tu,aku ingat lagi..honda cub tu bapak ejal bagi ejal pakai..aku ngan ejal apa lagi,kasi barai la motor tu..(hehe)..ejal plak tak geti bukak enjin,yang dia tau bawak motor tu ke hulu ke hilir je,aku pulak tukang repair motor tu(pomen la katakan)..hehe..selagi honda cub tu tak rosak,selagi tu la kitaorg sevey-sevey kampung,tak pernah duduk diam,ada je nak berjalan..melaram la konon da geti bawak motor..

ada 1hari tu motor tu problem,ejal pun call aku dia cakap motor tu takleh start,dia cakap kick starter motor tu keras,takleh nk henjut..aku pun pelik,tiba-tiba je jadi mcm tu..ok,aku pun cakap ngan ejal kejap lagi aku datang umah dia tengok apa problem motor tu..sampai je umah dia,aku tengok ejal tengah termenung sambil tengok motor dia.."assalamualaikum"'kenapa ngan motor kau ni jal?""aku tak tau la,tiba-tiba je takleh start,kick starter dia keras"..aku pun checking la motor tu konon-konon mcm pomen da lama berkecimpung dalam bidang motor ni..hehe..aku pun cakap ngan ejal "jal motor kau enjin 'jem' ni".."jem?abis tu mcm mana?".."kita barai la enjin ni,kita servis apa yang patut..ejal pun pkir jap,pastu dia pun set..aku ngan ejal pun apa lagi,terus tolak motor pegi umah aku..bukan apa nak kena repair kat umah aku ni,pasal kat umah aku je ada spanar dan alat-alat bukak enjin ni,tu pun spanar bapak aku dan pakcik aku punya..aku pun combine satu kan semua spanar-spanar yang ada..tu pun ada jugak yang tak cukup..

10 minit sampai je kat umah aku,perancangan semua bejalan lancar..aku pun keluarkan semua spanar yang telah di combine tadi..apa lagi..bermula la barai membarai enjin motor honda cub si ejal ni..aku pun bukak satu per satu sambil diperhatikan ejal..aku bukak skru tempat buang minyak hitam..aku terkejut!''laaa..patut la enjin kau ''jem''!!rupanya minyak enjin kau takde..berkerut dahi ejal bila aku cakap minyak enjin takde..kalau nak tuang minyak enjin baru pun dah tak guna jugak,pasal kick starter da keras,nak tak nak terpaksa bukak jugak pasal aku nak tau apa punca kick starter dia keras..aku pun terus jalankan misi aku..aku bukak bahagian enjin depan,aku bukak la dia punya ''carburator''..pastu aku bukak ''head''..time aku nak bukak ''block'' je tiba-tiba jadi susah..pelik jugak..last-last aku ketuk-ketuk ''block'' tu sampai la terkeluar..baru la aku tau,rupanya ''piston'' melekat dekat ''block'',pasal minyak enjin takde,''piston'' jadi haus dan kering..sebab tu dia melekat ngan susah nak bukak..baru la aku tau punca kick starter tadi tu ''jem'',rupanya disebabkan ''piston'' tu melekat dekat ''block''..aku ngan ejal baru nak tarik nafas lega pasal taknak overhaul enjin motor ni,macam mana pun terpaksa jugak kena overhaul..pasal ''connecting rod'' dia pun ''jem'' sekali..pergh..ejal dah pening kepala..

Start dari sini la aku mula pandai overhaul motor..hehe..settel je skru enjin aku bukak,aku ngan ejal pun mula turunkan enjin motor tu dari body dia..berat jugak enjin honda cub ni..biasa la 1st time tu..hehe..ejal pun alihkan body motor ketepi sikit,yang aku pulak tengah cari idea mcm mana nak standkan enjin ni,pasal biasa aku tengok kat bengkel diaorg overhaul diaorg letakkan enjin tu kat port dia(kayu overhaul)..time ni kat umah aku pun takda kayu,nak buat lagi dah makan masa,nak carik kayu lagi..last sekali aku dapat idea..berdekak-dekak ejal ketawa..mana taknya..aku standkan enjin motor tu kat longkang sebelah tempat aku bikin motor..longkang tu lah jadi tempat stand(kayu overhaul)enjin motor ejal..kahkahkah..aku ingat-ingat balik kelakar jugak time tu..hehe..ok..siap je aku stand enjin tu,aku pun barai la satu per satu..aku bukak dari bahagian ''clutch'' sampailah terbarai habis ''casing'',''clutch'',''gearbox'',''crankshaft'',''magnet'' semua..aku bahagian bukak,hafal ngan pasang enjin..si ejal pulak bahagian cuci enjin ngan keluar modal..ok la tu..kalau hantar overhaul kat kedai motor dah berapa pulak kedai cas..nasib baik aku ada..hehehe..barang-barang yang rosak tadi semua aku kumpul setempat,pastu aku nak bawak pergi ke kedai ''engineering'' nak suruh dia tukar ''connecting rod'', ''korek block''tukar piston baru ngan beli barang-barang lain..

Petang tu barang-barang yang aku hantar kat ''engineering'' tu dah siap..total kerugian semua sekali dianggarkan rm200,siap la semua barang-barang overhaul aku ngan ejal pegi shopping..hehe..''gasket top overhaul'',''minyak 4t'',''plug'',''oil seal'',''piston'',''ring piston'',''connecting rod'',''korek block'',''timing chain 1set'' ngan ''clutch plate''..wah semua beli baru..time ni barang motor murah,lagi-lagi barang-barang honda cub,apa la sangat..dengan semangatnya balik beli barang baru,rasa mcm tak sabar nak pasang semua sekali..ok..sampai je kat rumah aku terus mulakan projek overhaul aku ni..mcm biasa ejal memerhatikan kerja pemasangan enjin kat tepi aku sambil dahi berkerut..ejal ni kira mcm pembantu aku la senang cita,tukang hulur barang-barang ngan spanar..kalau kat kedai motor diaorg cuci enjin pastu keringkan pakai ''air gun compressor'',kalau aku pulak tak pakai ''air gun compressor ni,aku biasa pakai ''mulut air compressor''hehehehe...aku pun mula pasang enjin,1st ''casing'',''gearbox'',''crankshaft'',''magnet'' ngan ''clutch''..siap pasang semua ni,aku terus naikkan enjin yang separuh siap ni kat body motor tu..kalau takde ejal ni susah jugak,memang tak naik la enjin tu kat body dia,aku nak angkat sorang memang tak larat la,berat tu..dulu aku ni da la kecik je orangnya..hehe..enjin yang separuh siap dah tergantung kat body,pastu aku terus pasangkan ''block'',''piston'',''carburator'' ngan ''head''..siap pasang benda ni semua,sambil aku adjust ''timing chain'',ejal pun pasangkan ''plug'' ngan ''kepala plug''..last sekali aku pasang ''ekzos'' ngan tuangkan ''minyak 4t'' kat dalam enjin..ok semua siap..ejal dah tak sabar nak start hidupkan enjin motor honda cub kesayangan dia tu..''trr..trrr..trrrrr'' ejal try henjut kick starter sambil main-mainkan ''throthle'' dengan penuh semangat,dengan harapan enjin motor dia hidup..sampai berpeluh-peluh ejal henjut kick starter tu..hehe..aku pulak try henjut,pun sama jugak,takde respon sikit pun nak hidup enjin yang baru siap di overhaul td..aku rungsing,dah lah 1st time overhaul enjin motor,pastu tak hidup pulak..kalau motor aku takpe jugak,ni motor orang pulak tu..ish..pening kepala..semua aku dah check,semuanya ok pulak tu..petrol ada,plug baru,karen(elektronik) semua ok je..ejal pulak bagi pendapat.."kita jangan start,try kita tolak masuk gear pulak,mana la tau hidup ke"..''aah erk"aku pun ye kan pendapat ejal..aku pun naik,ejal pun tolak sekuat hati kat jalan turun bukit sebelah rumah aku..''masuk gear!!masuk gear!!"jerit ejal..aku pun apa lagi,masuk gear 1 ar ''trrrr..trrrr..trrrrr..trrrrrrrrr''..pun taknak hidup jugak..percubaan pertama gagal..''cuba try lagi sekali''..''ok''aku pun naik dan ejal sekali tolak motor kesayangan dia tu dengan sekuat hati..''ok!!masuk gear'',''masuk gear'' "tap..trrr..trrrr..trrrrrrrrrrrr''...tak berhasil jugak..aku ngan ejal dah mati akal..aku tengok ejal tercungap-cungap sambil duduk berpeluh-peluh...aku nak ketawa pun ada tengok muka si ejal ni..hehehe..time tu hari dah petang,motor pun tak hidup-hidup lagi..last-last ejal buat keputusan nak hantar motor honda cub ni kat bengkel motor yang ada kat kampung aku ni..aku pun set..petang tu jugak aku mintak tolong member aku tolakkan honda cub ni ke bengkel..ok,sampai je kat bengkel,aku pun cerita kat brade bengkel tu apa masalah motor tu sampai aku overhaul taknak hidup..brade bengkel tu sengih je tengok aku ngan motor honda cub tu,mungkin pada dia benda ni semua celah gigi je..brade bengkel pun suruh aku balik dulu.."petang sebelum maghrib kau datang amik moto kau"..''comfirm siap bang petang ni?''..''comfirm"..''ok''sebelum maghrib saya datang..

waktu yang dinanti telah tiba,tepat jam 6.45pm aku ngan ejal bergegas ke bengkel brade tadi..''amacam bang?''dah siap ke motor ni? ''ok dik siap''..''apa problem dia bang''..''sikit je problem dia,yang lain semua ok,cuma "timing chain" dia je kau salah "pasang" ngan "salah marking".."ok,berape rm ni kena cas?".."total semua sekali rm10 je dik"..nasib baik rm10 je..start dari situ baru la aku tau kat mana kesilapan yang aku buat..lagipun tu la 1st time aku overhaul motor honda cub si ejal ni..pasal barang enjin lain semua aku takde masalah..cuma "timing chain" je salah marking..nasib baik ''valve'' tak bengkok''brade tu cakap..kalau tak dah nak kena keluar modal lagi..motor pun dah siap,aku pun apa lagi,keluar je bengkel brade tu terus test machine ar honda cub standart badak tu..hahahaha..ejal pun tersenyum puas la motor dia da siap,boleh la melaram 1 kampung..aku puas hati dengan kerja yang aku buat,tanpa di ajar sesiapa yang berpengalaman..mungkin disebabkan minat aku yang suke modified ni,aku overhaul motor ejal cuma 1 je kesilapan yang aku buat..tak salah pun kalau belajar dari kesilapan..start dari situ aku mula campur dan belajar ngan sifu yang berpengalaman modified enjin motor ni,untuk penuhkan ilmu didada..hehe..kalau tak belajar,mcm mana nak pandai..ni semua cerita aku 12 tahun yang lepas..sekarang pun aku masih repair ngan setting motor member-member aku,tapi dah slow sikit la,biasa la dah tua..hehehe..

"majulah sukan bermotor"